Helpdesk @HEP PJK

Helpdesk @ HEP PJK merupakan sebuah portal rasmi yang menghimpunkan semua maklumat, panduan dan perkhidmatan berkaitan Hal Ehwal Pelajar di Politeknik Jeli Kelantan. Portal ini dibangunkan bagi memudahkan pelajar mendapatkan akses cepat kepada maklumat penting seperti urusan kebajikan, disiplin, surat-menyurat, permohonan, peraturan, serta panduan kehidupan kampus. Melalui Helpdesk ini, setiap pelajar dapat membuat rujukan dengan lebih teratur, mendapatkan sokongan yang diperlukan, dan memastikan urusan bersama HEP berjalan dengan lebih cekap, sistematik dan mesra pengguna.

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
Jabatan Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab di dalam hal-hal berkaitan pengambilan pelajar baharu, kebajikan , disiplin dan pembangunan sahsiah pelajar. Pengurusan jabatan ini dibahagikan kepada tiga unit supaya peranan tersebut dapat diuruskan dengan sempurna. 

UNIT PENGAMBILAN
♦ Melaksanakan dasar pengambilan pelajar baharu
♦ Mengurus proses pengambilan dan pendaftaran pelajar baharu dan lapor diri pelajar semasa
♦ Bertanggungjawab menyimpan segala rekod dan maklumat peribadi pelajar 
♦ Pengurusan sistem pengkalan data peribadi pelajar(SPMP) 

UNIT DISIPLIN DAN TINDAKAN TATATERTIB
Semua pelajar politeknik adalah tertakluk di bawah Akta Institusi-intitusi Pelajar (Tatatertib ) 1976 dan unit ini dipertanggungjawab untuk :
♦ Membuat perancangan dan memastikan prosedur pengurusan disiplin pelajar dipatuhi
♦ Berperanan mengurus hal berkaitan dengan perbicaraan pelajar di bawah Akta tersebut
♦ Menguatkuasa lain-lain peraturan yang berkaitan dengan pelajar 

UNIT KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR
Antara tangungjawab unit ini termasuklah :
♦ Membantu pelajar bagi perkara yang berkaitan pinjaman dan bantuan kewangan 
♦ Menguruskan insurans berkelompok pelajar
♦ Menguruskan hal-hal berkaitan penginapan/ asrama pelajar
♦ Badan induk pelajar iaitu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan kelab/persatuan pelajar 

Upcoming Events

TitleDateLocation
Majlis Konvokesyen Politeknik Jeli Kelantan Kali ke 1307 Sep 2026Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Program CSR Back To Nature 5.023 Sep 2026Pulau Bidong terengganu

Past Events

TitleDateLocation
Pendaftaran Pelajar Senior Sesi I : 2026/202727 Jun 2026Lanas Harmoni, Politeknik Jeli Kelantan
Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi I : 2026/202721 Jun 2026Politeknik Jeli
Solar Aerial Vehicle (SAVe) 202607 Jun 2026Politeknik Jeli Kelantan
AGROTECHNOLOGY & AQUACULTURE PROJECT EXHIBITION21 Apr 2026Lanas 4 Politeknik Jeli Kelantan
KEMPEN DERMA DARAH POLITEKNIK JELI14 Apr 2026LANAS 4 POLITEKNIK JELI


Aduan dan Bantuan

Aduan dan Bantuan

Menu Aduan dan Bantuan disediakan sebagai saluran rasmi untuk pelajar dan staf membuat laporan, mengemukakan pertanyaan serta mendapatkan bantuan berkaitan hal ehwal kampus. Platform ini bertujuan memastikan setiap isu ditangani dengan cepat, telus dan sistematik bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, selamat dan berkualiti.

Learn More


FACEBOOK

FACEBOOK

Learn More
INSTAGRAM

INSTAGRAM

Learn More

  • Jeli, Kelantan, Malaysia
  • Jalan raya Timur-Barat