Jabatan Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab di dalam hal-hal berkaitan pengambilan pelajar baharu, kebajikan , disiplin dan pembangunan sahsiah pelajar. Pengurusan jabatan ini dibahagikan kepada tiga unit supaya peranan tersebut dapat diuruskan dengan sempurna.
UNIT PENGAMBILAN ♦ Melaksanakan dasar pengambilan pelajar baharu ♦ Mengurus proses pengambilan dan pendaftaran pelajar baharu dan lapor diri pelajar semasa ♦ Bertanggungjawab menyimpan segala rekod dan maklumat peribadi pelajar ♦ Pengurusan sistem pengkalan data peribadi pelajar(SPMP)
UNIT DISIPLIN DAN TINDAKAN TATATERTIB Semua pelajar politeknik adalah tertakluk di bawah Akta Institusi-intitusi Pelajar (Tatatertib ) 1976 dan unit ini dipertanggungjawab untuk : ♦ Membuat perancangan dan memastikan prosedur pengurusan disiplin pelajar dipatuhi ♦ Berperanan mengurus hal berkaitan dengan perbicaraan pelajar di bawah Akta tersebut ♦ Menguatkuasa lain-lain peraturan yang berkaitan dengan pelajar
UNIT KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR Antara tangungjawab unit ini termasuklah : ♦ Membantu pelajar bagi perkara yang berkaitan pinjaman dan bantuan kewangan ♦ Menguruskan insurans berkelompok pelajar ♦ Menguruskan hal-hal berkaitan penginapan/ asrama pelajar ♦ Badan induk pelajar iaitu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan kelab/persatuan pelajar